Profil Listing
Tentang Muzium Matang (Kota Ngah Ibrahim)
Bekas rumah, kota dan pusat pentadbiran Ngah Ibrahim yang mempamerkan sejarah Larut serta pelbagai zaman penggunaannya. Che Long Jaafar bin Dato’ Paduka Setia Long Abdul Latif adalah PENGASAS PERKEMBANGAN BANDAR TAIPING dan seorang JUTAWAN BIJIH TIMAH MELAYU. Che Long Jaafar berjaya mengukuh kedudukannya sebagai pemerintah Larut dan seterusnya meletakkan asas pentadbiran yang mantap kepada anaknya Menteri Ngah Ibrahim.
Kota Ngah Ibrahim dibina pada tahun 1858 di Matang, Perak yang dahulunya dikenali sebagai “Pematang”. Menteri Ngah Ibrahim telah menjadikan kotanya sebagai rumah kediaman, pusat pentadbiran Larut, kubu pertahanan, gudang menyimpan bijih timah dan pusat dagangan. Kedudukan Kota Ngah Ibrahim adalah strategik di mana ia terletak di persimpangan jalan darat dari selatan, timur dan utara. Ia dihubungkan dengan laluan laut melalui Sungai Malawati ke Sungai Larut dan seterusnya ke Selat Melaka.
Waktu operasi: Setiap hari 9:00 pagi–5:00 petang; tutup hari raya yang dinyatakan pengendali
Sumber pengesahan: https://www.jmm.gov.my/ms/content/muzium-matang-0 | Google Maps




























