Profil Listing
Tentang Muzium Beruas
Muzium daerah yang menampilkan sejarah Beruas dan bukti berkaitan kerajaan Melayu Gangga Negara.
Penubuhan Muzium Beruas ini bertujuan untuk mengumpul dan mengungkapkan semula tentang sejarah keagungan kerajaan Gangga Negara dan Beruas, iaitu sebuah kerajaan Melayu tertua di pesisir pantai negeri Perak yang telah wujud seawal abad kedua hingga kelima belas. Kehebatan kedua-dua kerajaan itu telah menarik perhatian beberapa orang pengkaji, dimulai dengan Kol. James Low pada tahun 1840-an. Beliau berpendapat kerajaan Beruas itu memang wujud tetapi sukar untuk mempastikan lokasi sebenarnya.
Waktu operasi: Setiap hari 10:00 pagi–5:00 petang; Jumaat rehat 12:15–2:45 petang
Sumber pengesahan: https://muzium.perak.gov.my/index.php/hubungi/panduan-ke-muzium





























