Profil Listing
Tentang Kompleks Gua Ikan
- Gua-Gua Utama: Kompleks ini merangkumi empat gua utama iaitu Gua Ikan (paling luas), Gua Keris, Gua Gelap, dan Gua Pagar.
- Asal Nama: Dinamakan 'Gua Ikan' kerana terdapat aliran sungai di dalam gua yang mempunyai ikan, serta bentuk bukit batu kapurnya yang kelihatan seakan-akan seekor ikan dari sudut tertentu.
- Lokasi: Terletak di Kampung Slow Pak Long, kira-kira 7 km dari Pekan Dabong dan 95 km dari Bandar Kuala Krai. Ia sering menjadi salah satu lokasi persinggahan wajib bagi pelancong yang menaiki kereta api popular "Train to Dabong".
- Aktiviti Populer: Selain aktiviti merentasi gua (caving), kompleks ini juga menawarkan aktiviti lasak Via Ferrata buat penggemar sukan mendaki. Di Gua Keris pula, terdapat fenomena cahaya menembusi gua yang dikenali sebagai "God of Light"




























