Profil Listing
Tentang Tanjung Tualang Tin Dredge
Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, dan Pernas Chartered Management. Paling utama yang menonjolkan Tanjung Tualang ialah dengan terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar di dunia. Sekitar tahun 70'an ada terdapat lima buah Kapal di Tanjung Tualang.
Pada masa sekarang ini anda masih boleh mengunjungi kesan tinggalan kapal korek ini yang masih terdapat di Batu 5, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah. Tinggalan ini adalah dibawah kawal selia Jabatan Antikuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan. Walaupun anda tidak dibenarkan menaiki tinggalan kapal korek ini, namun anda boleh mengambil gambar foto untuk kenang-kenangan anda tanpa sekatan.




























