Profil Listing
Tentang Permatang Kars Bukit Lagi
- Usia Batuan: Berusia kira-kira 480 juta tahun dan tergolong dalam unit bawah batu kapur Formasi Setul.
- Lokasi: Terletak di pinggir bandar Kangar, berhampiran kawasan bendang dan di laluan yang menghubungkan Jalan Guar Syed Alwi dengan Jalan Kangar-Alor Setar.
- Kepentingan: Menjadi identiti atau lambang bagi bandar Kangar serta kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna tempatan. Lokasi ini juga merupakan geotapak pelancongan pendidikan alam sekitar yang menarik di bawah Perlis Geopark





























