Profil Listing
Tentang Muzium Diraja Istana Batu
Istana ini pernah menjadi tempat persemayaman Almarhum Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, semasa Baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan. Dibina pada tahun 1939 iaitu pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV. Istana ini telah mencatat satu lagi sejarah apabila keluarga Almarhum Sultan Yahya Petra mengampuni perkenan meminjamkan bangunan ini dijadikan sebagai 'Muzium Diraja' dan telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 25 Julai 1991.
Di muzium ini mempamerkan Sejarah Kesultanan Kelantan sejak awal hingga sekarang termasuk salasilah, penulisan-penulisan, rajah-rajah, gambar-gambar, pakaian-pakaian rasmi, barang-barang hadiah dan lain-lain yang berkaitan dengan Kesultanan Kelantan.





























