Profil Listing
Tentang Menara Jam Peringatan Birch
Menara jam kolonial awal abad ke-20 yang menjadi mercu tanda warisan di tengah bandar lama Ipoh. Ia dibina pada tahun 1909 bagi memperingati ulang tahun kematian residen British yang pertama di Perak, iaitu JWW Birch. Beliau telah dibunuh Lela Pandak Lam atau lebih dikenali sebagai Dato Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875.
Projek pembinaan telah digerakkan pada tahun 1905 oleh anak JWW Birch iaitu EW Birch, yang merupakan residen British di Perak yang kelapan
Waktu operasi: 24 jam
Sumber pengesahan: Majlis Bandaraya Ipoh, Tourism Perak Malaysia




























